Selamat Bersara Dato Bentara Dalam
21 Ogos 2019 - Tepat jam 5.45 petang, Dato’ Bentara Dalam, Dato’ Haji A. Rahman Yahya mengetip perakam waktu terakhir perkhidmatannya dalam kerajaan negeri sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu di Tingkat 15, Wisma Darul Iman.
Dato’ Bentara Dalam mencapai umur persaraan wajib 60 tahun mengucapkan salam perpisahan kepada semua pekerja pejabat itu termasuk pegawai serta kakitangan Wisma darul Iman.
Selepas berkhidmat selama satu tahun, empat bulan, tujuh belas hari (22 April 2018 – 21 Ogos 2019) sebagai SUK, Dato’ Bentara Dalam telah membawa banyak perubahan dalam sektor perkhidmatan awam di negeri ini. – Teks dan gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.




