KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PENGURUSAN TAMAN NEGERI

Ditulis pada .

Image

KUALA TERENGGANU, 18 DISEMBER 2024 - Pihak Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Nara Setia di Bilik Tamu di Wisma Darul Iman.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah MPTN, YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.


Image

Turut sama hadir Ketua Penolong Pengarah, Encik Shahriz bin Ahmad Laili, Penolong Pengarah (Pentadbiran & Kewangan), Encik Wan Ahmad Nuzran bin Wan Mohamad Lotfi, Penolong Pengarah (Perundangan & Penguatkuasaan), Encik Muhamad Misbahul Munir bin Mat Nasir, Penolong Pengarah (Pembangunan & Operasi Taman), Encik Muhammad Faizzamir Mukhri bin Fauzi dan Penolong Pengarah (Biodiversiti & Penyelidikan), Puan Syuhada binti Mad Juhari.

Pertemuan julung kali itu bertujuan untuk memperkenalkan barisan pegawai MPTN serta memberikan penerangan berkaitan gerak kerja yang sedang dilakukan oleh MPTN pada masa sekarang.

KUNJUNG HORMAT ASKAR WATANIAH

Ditulis pada .

Image

KUALA TERENGGANU, 18 DISEMBER 2024 - Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato' Nara Setia menerima kunjungan hormat daripada Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, YAM Tengku Sri Temenggong Raja, Brigedier Jeneral Dato' Seri Tengku Baharuddin dan Timbalan Komandernya, Leftenan Kolonel, Hizdir Abdul Zabil dan Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu di pejabat beliau di Wisma Darul Iman.

Image

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pelantikan YB Dato’ Nara Setia sebagai Pengerusi JAKPAW yang baharu menggantikan YM Tengku Seri Bijaya Raja yang telah bersara. Perjumpaan tersebut juga membincangkan perancangan progam tahunan JAKPAW dan Rejimen 512 AW.

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN TATAKELOLA CAWANGAN PENYIASATAN TATAKELOLA (CPT) SPRM TERENGGANU BERSAMA PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (SUK) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

21 OKTOBER 2024, satu sesi pembentangan laporan penambahbaikan tatakelola telah disampaikan oleh Puan Suryani binti Ali, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu berkaitan isu pengurusan penyaluran dana awam (hasil/pendapatan) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Kelab Sukan dan Kebajikan PBT seluruh Negeri Terengganu dan pengurusan perolehan dan perbelanjaan bagi peruntukan khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Turut hadir YBhg. Dato' Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan SUK (Pengurusan), Puan Hajah Najihah binti Embong, SUB (Khidmat Pengurusan), Puan Maldiana binti Abd Patah, Ketua Audit Dalam, Encik Mohd Asrur bin Omar, KPSU (Kewangan), Tuan Suhaanuar bin Mohamad, Ketua Cawangan Penyiasat Tatakelola (CPT) SPRM Terengganu serta Pegawai-pegawai Pejabat SUK Terengganu dan Pegawai-pegawai CPT SPRM Terengganu yang terlibat.