LATAR BELAKANG
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan Jabatan Negeri Utama. Jabatan ini diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau juga merupakan ketua pentadbir negeri. Pejabat Setiausaha Kerajaan berfungsi lebih kurang sama dengan Jabatan Perdana Menteri tetapi skop bidang kuasa terhad di peringkat negeri sahaja. Antara tugas-tugas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ialah: |
i. Merancang dan menyelaras dasar-dasar Kerajaan Negeri termasuklah menentukan pelaksanaan dasar-dasar pada peringkat pejabat-pejabat daerah, |
ii. Memastikan agensi-agensi negeri melaksanaan dasar-dasar Kerajaan Negeri. |