Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu
Ribuan orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' Haji A. Rahman Yahya di Darul Syakirin, kediaman rasmi SUK di Batu Burok, Kuala Terengganu, 1 Syawal, pagi tadi.
Orang ramai mula berpusu-pusu seawal jam 9.45 pagi untuk menghadiri majlis itu yang dijadualkan dari jam 10 pagi sehingga 2 petang.
Turut menyambut tetamu, To' Puan Hajah Kamsiah Dollah serta anak-anak dan menantu.
Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir menyerikan majlis rumah terbuka itu yang pasti tidak mahu melepaskan peluang berjumpa dengan SUK.
Tidak ketinggalan Exco Kerajaan Negeri, pemimpin kerajaan, pelancong, pegawai badan bukan kerajaan (NGO) dan veteran kerajaan.
Pengunjung dijamu dengan pelbagai juadah, kebanyakannya masakan tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat, nasi dagang, kuih tradisional Terengganu, laksa dan lain-lain makanan enak. Teks dan gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Dato' Haji A. Rahman Yahya & Isteri bergambar bersama Pegawai dan Kakitangan Pejabat SUK
Dato' Haji A. Rahman Yahya berjabat tangan dengan YB Tengku Hassan Tengku Omar
Dato' A. Rahman Yahya bersama Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil
To' Puan Hajah Kamsiah Dollah menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak