Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman Bagi Bulan April 2017

Ditulis pada .

5 April 2017, Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman dan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Mac 2017 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail. Turut mengiringi beliau Hj Zainal Abidin bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu. Semasa berucap beliau yang memperingatkan keperluan penjawat awam untuk sentiasa amanah dan dalam menjalankan tugas. Beliau juga menyarankan agar penjawat awam setiasa mengambil peluang dengan memberi khidmat yang terbaik semasa masih lagi bergelar penjawat awam. 

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi kali ini dan semoga menjadi inpirasi kepada rakan-rakan yang lain.

En. Ahmad Rushdi bin Shamsuddin menerima APC Mac 2017 daripada YAB Dato' SUK

Galeri Foto

 

Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman 2017

Ditulis pada .

1 April 2017, Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (KWDI) di Scount Inn Resort, Kem Pengakap Telaga Batin, Kuala Nerus telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir bersama Yang Dipertua KWDI, YAB Dato’ Wan Nawawi bin Wan Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Program tahunan ini dihadiri lebih 1000 keluarga dan bertujuan mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan diantara warga kerja KWDI bersama keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik diadakan terutamanya untuk anak-anak antaranya acara sukaneka lari dalam guni, isi air dalam botol, boling kelapa dan lain-lain.  Program ini juga turut menyediakan 500 cabutan bertuah dengan 20 cabutan ‘Grand Finale’ sebagai hadiah utama seperti motosikal, peti sejuk, basikal, mesin basuh dan lain-lain.

Galeri Foto

PROGRAM 'MESRA INFORMASI' BERSAMA PEGAWAI/KAKITANGAN KHIDMAT PENGURUSAN KALI KE 2 TAHUN 2017

Ditulis pada .

7 Februari 2017 - Program 'Mesra Informasi' bersama pegawai/kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan tingkat 15 ini diadakan secara berkala minggu pertama setiap bulan seperti yang telah dijadualkan. Program ini adalah kali ke 2 bagi tahun 2017 dan dipengerusikan oleh SUB (Khidmat Pengurusan), En Mohd Sophian bin Abu bakar. Objektif program ini adalah sebagai saluran penyampaian semua informasi dan arahan semasa atau terkini kepada warga kerja tingkat 15 bagi meningkatkan prestasi kerja dan imej jabatan. Program ini juga bertujuan pencerahan minda dengan pendedahan informasi serta cetusan idea melalui perkongsian ilmu yang dikeluarkan antara pegawai dan kakitangan. Selain itu program ini juga boleh mengeratkan lagi tali silaturahim diantara pegawai dan kakitangan.