YBM TENGKU SERI BIJAYA RAJA PROMOSI JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DI MANIS FM
SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Terengganu di Manis FM pada hari ini (31 Mei 2022), jam 5.00 petang.
YBM Tengku ketika sesi temu bual itu turut memberitahu, pihak kerajaan negeri sendiri melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Pejabat Menteri Besar, Pihak Berkuasa Tempatan, jabatan-jabatan, agensi-agensi, pihak swasta dan komuniti di peringkat akar umbi sentiasa memberikan sokongan bagi memastikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 2 sehingga 4 Jun ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Menurut beliau, berdasarkan beberapa mesyuarat jawatankuasa, lawatan persediaan ke tapak, pertemuan dengan semua pihak berkaitan dan pemegang taruh, Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang bersifat holistik dan memenuhi keperluan semasa, memiliki konsep yang bersifat kekeluargaan dan boleh disertai semua tanpa mengira peringkat usia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |