JAKM TERENGGANU MENUTUP TIRAI, REKOD 32,458 PENGUNJUNG

Ditulis pada .

JELAJAH Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Terengganu yang menutup tirai dengan penuh gilang-gemilang disempurnakan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini (4 Jun 2022).

Turut hadir, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Kanan Pendidikan merangkap Menteri Peneraju JAKM Negeri Terengganu, YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Hadir sama, YBhg. Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja.

Terengganu yang juga negeri keempat dan pertama di Pantai Timur menjadi tuan rumah JAKM berjaya menarik kehadiran 32,458 orang pengunjung sepanjang tiga hari program.

 

ACARA SUKAN RAKYAT PADA HARI KEDUA JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menyertai acara sukan rakyat pada hari kedua Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Terengganu, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, petang ini (3 Jun 2022).

YBM Tengku mencuba dam haji, basikal lambat dan menyaksikan demontrasi bermain gasing yang turut menarik perhatian ramai pengunjung dari pelbagai lapisan usia.

Turut serta, Pegawai Daerah Kuala Nerus, YBrs. Encik Ahmad Faris Abdul Razak.

Pelbagai jenis permainan tradisional disediakan untuk disertai orang ramai yang diurus oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Nerus termasuk congkak, terompah gergasi, kaki hantu, karom dan batu seremban.

 

SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU YANG BERHORMAT MULIA TENGKU SERI BIJAYA RAJA MERASMIKAN SEMPENA PROGRAM BICARA EKSEKUTIF KESELAMATAN NEGARA NEGERI TERENGGANU 2022

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja merasmikan Sempena Program Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Terengganu 2022, Di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (31 Mei 2022).

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) Majlis Keselamatan Negara, Yang Berusaha Tuan Zamri Misman dan Pengarah Keselamatan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Encik Mohd Yusri Yusof.