KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PEMBANGUNAN PELABURAN MALAYSIA ( MIDA )

Ditulis pada .

Pengarah MIDA Terengganu, Puan Nurul Amalina Ahmad Kasim mengadakan kunjung hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, pada hari ini (20 Jun 2022).

Turut sertai kunjungan itu, Cik Nooraimie Afzan Zakaria (Penolong Pengarah MIDA Terengganu) dan bekas pengarah, Puan Mimi Izura Mohamed Iqbal.

Kunjungan hormat bertujuan memperkenalkan Pengarah MIDA Terengganu yang baharu dan bagi meneruskan kesinambungan kerjasama antara MIDA dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

 

KUNJUNGAN HORMAT PERANGKAWAN MALAYSIA

Ditulis pada .

Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengadakan kunjung hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, pada hari ini (20 Jun 2022).

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu, Puan Marlini Sahul Hamid dan pegawai, Puan Siti Zakiah Muhamad Isa.

Dalam kunjungan itu, Puan Marlini turut menyampaikan penerangan Program My Local Stat dan Sustainable Development Goals (SDG).

Pada masa yang sama, kunjungan bertujuan menjalinkan hubungan erat antara Jabatan Perangkaan dengan Pejabat SUK Terengganu yang sudah sedia terjalin selain bertukar-tukar idea mengenai program yang mampu memberi manfaat bersama.

 

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU SERI BIJAYA RAJA MENERIMA ANUGERAH KHAS KESELAMATAN PERLINDUNGAN TAHUN 2021

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021 Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini (9 Jun 2022).

Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali menyampaikan anugerah bagi kategori Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu sempena Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 dengan tema 'Keselamatan Perlindungan Pemangkin Revolusi Digital Negara'.