LAWATAN KERJA DARIPADA MARKAS TENTERA DARAT, JABATAN ARAH ORDNANS (KOD), KUALA LUMPUR

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima lawatan kerja daripada Leftenan Kolonel Mohd Fairoz Mat Jusof ATO, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (2 Ogos 2022).

Pertemuan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta jalinan baik antara Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Ordnans (KOD), Kuala Lumpur dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Ia juga seiring dengan tonggak Ke-5 Panglima Tentera Darat Ke-28 untuk meningkatkan hubungan antara Tentera Darat dengan pegawai kerajaan serta orang awam.

 

SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022M

Ditulis pada .

Sempena sambutan Maal Hijrah 1444H, hayati peristiwa hijrah Baginda Rasulullah SAW bukan sekadar perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga merupakan suatu iktibar sebagai perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.

Salam Maal Hijrah 1444H/2022M

 

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu, Encik Nukman Hashim, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (20 Julai 2022).

Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara FAMA dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi merealisasikan agenda Kerajaan Negeri dalam Pelan Strategik Pertanian 2019-2023 dan juga memperkenalkan pengarah baharu FAMA menggantikan Tuan Haji Che Ghani Che Wan berkuatkuasa 1 Jun 2022.

Hadir sama, Encik Yusrizal Amie Zayadi (Komunikasi Korporat), Encik Ezaq Zull Izzi Biden (Pengurus Pasar Tani Daerah Negeri Terengganu) dan Encik Mohd Ihsan Sabri Muda (Komunikasi Korporat).