LAWATAN KERJA REJIMEN 512 ASKAR WATANIAH, KEM PADANG MIDIN, KUALA TERENGGANU
SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima lawatan kerja daripada Leftenan Kolonel Ahmad Azahari Jamaluddin, Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (9 Ogos 2022).
Pertemuan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta jalinan baik antara Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin, Kuala Terengganu dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Lawatan berkenaan juga seiring dengan tonggak Ke-5 Panglima Tentera Darat Ke-28 untuk meningkatkan hubungan antara tentera darat dengan orang awam
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
.