Pelancaran Aplikasi ‘Destination Terengganu’ di Wisma Darul Iman

Ditulis pada .

4 Januari 2017, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarkan satu aplikasi telefon untuk telefon pintar untuk pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan), En. Mohd Sophian bin Abu Bakar turut hadir semasa Majlis Pelancaran Aplikasi Destination Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman. Aplikasi tersebut boleh didapati di App Store bagi pengguna iphone dan Google Play store bagi pengguna android.

sumber berita dari www.teganukite.net

YB Dato SUK turun melawat mangsa banjir

Ditulis pada .

1 Januari 2017, YB SUK Terengganu, Dato Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail bersama YAB Menteri Besar Terengganu ke Taklimat Bilik Gerakkan Banjir yang bertempat di Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Kemudian terus turun ke ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SK Nibong dan SMK Matang bersama-sama mengiringi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan rombongan. Pada sebelah petang pula YB Dato SUK bersama-sama YAB Menteri Besar mengiringi YAB DS TPM menaiki bot Sealeg Amphibia ke Pusat Perpindahan Banjir di Balai Raya Kg Bukit Tadok, Telemung. Turut mengiringi YB Exco Kerajaan Negeri & Ketua-ketua Jabatan.

 

"Be Better, Work Together"

 

Majlis Perasmian 'Visit Beautiful' Terengganu 2017

Ditulis pada .

31 Disember 2016, 8.30 mlm YAB Dato' Wan Nawawi bin Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Terengganu menghadiri Majlis Perasmian Visit Beautiful Terengganu 2017 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.