KUNJUNGAN HORMAT HUSA NETWORK SDN. BHD. (MANIS FM)

Ditulis pada .

Husa Network Sdn. Bhd. (Manis Fm) mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (28 Februari 2023).

Pertemuan itu diketuai oleh Pengurus Besar Manis Fm, Encik Ozarizan Mohd Nor bersama tiga pegawai yang lain, Encik Abdul Zaid Talib (Pengurus Operasi), Encik Hafiz Daud (Penolong Pengurus Digital dan Penyiaran) dan Puan Wan Nur Mashalisa Wan Musa (Penolong Pengurus Program).

Selain merapatkan hubungan silaturahim, kunjungan itu juga bagi membincangkan isu-isu berkaitan penyiaran serta kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bagi manfaat kedua-dua pihak.

   

 

KUNJUNGAN HORMAT BIRO PENGADUAN AWAM (BPA) MALAYSIA

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan Biro Pengaduan Awam (BPA) Malaysia, di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini (27 Februari 2023).

Kunjungan itu diketuai Ketua Pengarahnya, Encik S Letchumana A/L Shanmugam. Turut sama, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Mohamef Nasser Abdul Razak; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Kamalazira Pauzi; Encik Sri Ram A/L Letchimanan (Pengarah Aduan) dan Puan Nor Khuzaimah Supar (Pengarah Pengurusan).

Hadir sama, Pengarah BPA Negeri Terengganu, Encik Khairil Zuhdi Khairuddin.

Kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan berkongsi idea bagi menambah baik sistem pengurusan pengaduan awam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan negeri Terengganu, khasnya ke arah yang lebih profesional, inovatif, cekap dan adil.

 

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

PENGARAH Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Puan Wan Suhaini Wan Mohamad mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Mulia, Tengku Seri Bijaya Raja di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini (16 Februari 2023).

Kunjungan itu sebagai sesi perkenalan dan membincangkan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi memperkasakan peranan MKN menyelaras dasar yang berkaitan untuk keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.