PETRONAS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA AGENSI PENYELAMAT TERENGGANU

Ditulis pada .

PETRONAS menyampaikan sumbangan kepada agensi penyelamat Terengganu dalam usaha membantu menghadapi musim banjir.

Sumbangan berbentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Encik Mohammad Ahmad Shazly Ramli kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja di Wisma Darul Iman, semalam (17 Oktober 2022).

Turut hadir, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Lt. Kol. Mohd Rosman Abdullah dan Timbalan Pengarah Bomba, Muhammad Basri Kamarazaman.

Sumbangan berupa empat unit bot dilengkapi enjin, tangki bahan api, serta kemudahan roda mudah alih, 1,000 unit khemah (C-Tent), 700 unit jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan.

Ianya juga merupakan sebahagian daripada komitmen PETRONAS membantu mangsa banjir di seluruh negeri bernilai RM25 juta yang diumumkan pada Disember 2021.