KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU (PPPMCT)

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan Terengganu, Puan Hajah Mariah Ismail,Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (18 Julai 2022).

Kunjungan yang berlangsung hampir sejam ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim dan membentuk jalinan kerjasama yang baik antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerajaan negeri.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu juga berhasrat untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri bagi memohon kuaters kerajaan negeri untuk dijadikan rumah Pejabat Pengurusan dan Pentadbiran Persatuan serta berbincang mengenai bantuan kewangan dan kerjasama menjayakan program Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 selaku Terengganu sebagai tuan tumah.

Hadir sama, Puan Mastura Kamaruzaman (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Cawangan), YM Tengku Fauziah Tengku Ngah (Setiausaha Kehormat), Puan Hajah Samsiah Hassan (Pesuruhjaya Bahagian Latihan), Puan Hajah Nik Anida Nik Ismail (Pesuruhjaya Bahagian Program), Datin Hajah Nor Rizan Jusoh (Pesuruhjaya Daerah Kuala Terengganu dan Prof. Madya Dr Norsuhaily Abu Bakar (Pesuruhjaya Klover).