KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu, Encik Nukman Hashim, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini (20 Julai 2022).

Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara FAMA dengan Kerajaan Negeri Terengganu bagi merealisasikan agenda Kerajaan Negeri dalam Pelan Strategik Pertanian 2019-2023 dan juga memperkenalkan pengarah baharu FAMA menggantikan Tuan Haji Che Ghani Che Wan berkuatkuasa 1 Jun 2022.

Hadir sama, Encik Yusrizal Amie Zayadi (Komunikasi Korporat), Encik Ezaq Zull Izzi Biden (Pengurus Pasar Tani Daerah Negeri Terengganu) dan Encik Mohd Ihsan Sabri Muda (Komunikasi Korporat).