KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) TERENGGANU

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, YBrs. Ir. Md Ridzwan C. Chik di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, hari ini (7 Jun 2022).

Kunjungan kedua beliau kepada YBM Tengku sebaik bertukar sebagai pengarah baharu Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu sejak 11 Mac lalu bertujuan membincangkan isu-isu pengurusan yang berbangkit di JKR Terengganu.

Hadir sama dalam pertemuan itu, Timbalan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Puan Suhailawati Sagai.