YBM TENGKU RAKAM TAHNIAH KEJAYAAN JAKM TERENGGANU

Ditulis pada .

SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja meluahkan kegembiraan dan bangga dengan pencapaian luar biasa program nasional Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Terengganu yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, yang berakhir semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja JAKM mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Jabatan Persekutuan dan negeri atas kerjasama serta komitmen yang tidak berbelah-bahagi bagi memastikan program itu berjalan lancar dan mencapai matlamat penganjuran.

"Tahniah semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri atas kerjasama dan komitmen utk melihat JAKM berjaya di Terengganu serta terima kasih warga Terengganu yang berkunjung ke JAKM serta menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan," katanya.

Untuk rekod, jumlah pengunjung dan urusetia bagi JAKM Negeri Terengganu bagi hari pertama merekodkan 6,872 orang, diikuti

pertambahan sehingga 9,959 orang pada hari kedua dan sehingga malam tadi (hari ketiga) pula seramai 15,627 orang pengunjung yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 32,458 orang.

Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia