KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERSATUAN PERSARA KERAJAAN MALAYSIA (PPKM) BAHAGIAN NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

Ditulis pada .

Kuala Terengganu, 22 Mac - Yang DiPertua Persatuan Persara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Terengganu, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Tujuan pertemuan ialah untuk menjalinkan hubungan di antara PPKM dengan SUK Terengganu bagi mendapatkan dan berkongsi pandangan berkaitan dengan isu-isu terkini.

Turut mengiringi Timbalan Yang DiPertua PPKM, Haji Abdullah Mamat, Haji Mohamad Ishak (Naib Yang DiPertua), Azahar Abu Bakar (Setiausaha) dan Haji Ariffin Muda (Bendahari).

–Teks dan Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.