Lawatan Kebajikan Kelab Sukan Dan Kebajikan Helang Ke Taman Sinar Harapan

Ditulis pada .

30 Disember 2018, Kelab Sukan dan Kebajikan Helang telah mengadakan lawatan kebajikan ke Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu. Program ini adalah yang pertama kali diadakan bertujuan untuk memahami dan menyelami cara mengurus anak-anak istimewa. Disamping itu program ini juga dapat memberi peluang dan ruang kepada para peserta untuk melihat cara kehidupan anak-anak istimewa di sanaTuan Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu merangkap pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Helang mengetuai rombongan ini yang berjumlah seramai 31 orang terdiri daripada 18 orang peserta lelaki dan 12 orang peserta wanita. Taman Sinar Harapan yang berada di kaki Bukit Besar Kuala Terengganu mempunyai seramai 61 orang kakitangan dan 64 orang kanak-kanak istimewa. Program ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak Taman Sinar Harapan dan sesi bergambar. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Gambar bersama warga Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu

Galeri Foto