PERHIMPUNAN BULANAN WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN 6 JUN 2018

Ditulis pada .

6 Jun 2018, Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman dan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) bagi bulan April dan Mei bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Haji A. Rahman Yahya. Semasa berucap beliau mengingatkan agar penjawat awam tidak ketinggalan mengikut perkembangan teknologi terkini dalam meningkatkan prestasi kerja. Beliau juga turut berpesan agar penjawat awam bekerja dengan lebih amanah dan lebih integriti, saling menghormati, bekerjasama dan meningkatkan ilmu dari masa ke semasa serta jangan mudah menyebarkan berita yang tidak benar. 

Tahniah kepada penerima APC pada kali ini. Semoga menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf, zahir dan batin.