PERHIMPUNAN BULANAN PERTAMA WARGA KERJA WISMA DARUL IMAN TAHUN 2018

Ditulis pada .

3 Januari 2018, Perhimpunan Bulanan pertama warga kerja Wisma Darul Iman bagi tahun 2018 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman disempurnakan oleh YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail. Turut mengiringi beliau Tuan Haji Zainal Abidin bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu. Semasa berucap beliau berpesan agar tahun 2017 dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada kejayaan perkhidmatan awam negeri Terengganu untuk beroleh lebih banyak 'success stories' di tahun 2018

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman bagi bulan Oktober, November dan Disember. Turut diraikan ialah penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) yang diadakan buat julung kalinya di peringkat negeri atas sumbangan di luar tugas rasmi yang mengharumkan nama organisasi dan negeri ini. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan di tahun baru ini

YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail  bersama pegawai-pegawai SUK

 

 En. Mohd Sophian Bin Abu Bakar mewakili Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Khidmat Pengurusan) menerima penyerahan borang pemotongan Tabung Darul Iman daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu, YB Dato' Wan Nawawi bin Hj Wan Ismail.

 

En. Ahmad Sayuthi bin Mohamad @ Shamsuddin (Penolong Jurutera, Khidmat Pengurusan) menerima APC bulanan daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

Cik Suzyla Asma binti Alias (Pembantu Tadbir Kewangan, Khidmat Pengurusan) menerima APC bulanan daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Terengganu.