Perutusan

Ditulis pada .

Perutusan Y.B. Setiausaha Kerajaan Terengganu

  

Y.B Dato' Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail

 

      Pengaruh globalisasi, liberalisasi ekonomi dan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas segenap aspek kehidupan kita sekarang sangat ketara. Cara kita bermasyarakat, melaksanakan aktiviti ekonomi dan berurusan telah dan akan terus berubah dengan pesatnya dengan perkembangan-perkembangan ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu sentiasa peka kepada perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini. Sebagai sebuah agensi negeri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber manusia bagi sektor awam negeri, Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan pelanggannya yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, anggota-anggota perkhidmatan awam, para pesara, pelajar dan juga orang ramai. Portal ini sentiasa dikemaskinikan dari segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan.

      Kandungan maklumat mengenai pelbagai aspek pengurusan personel yang dikendalikan oleh Jabatan ini diharap dapat menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua pengguna. Kemudahan untuk berurusan melalui internet seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan, membuat aduan terhadap sesuatu kemusykilan dan memohon untuk mengikuti kursus diharap akan memudah dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada para pelanggan. Saya menaruh harapan penggunaan laman ini dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge workers yang diperlukan di dalam perkhidmatan awam negeri selaras dengan kemajuan pesat di dalam knowledge economy. Saya mengalu-alukan pandangan yang membina untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan ini. Selamat melayari portal terengganu.gov.my.