Fungsi Jabatan
- SEKSYEN PENTADBIRAN AM DAN KESELAMATAN
- Menguruskan Dasar Pentadbiran Am Peringkat Negeri/Daerah
- Menguruskan Program-Program Khas Negeri/Jabatan
- Menguruskan Hal Ehwal Pentadbiran Am BKP
- Menguruskan Hal Ehwal Perkhidmatan Bagi Pegawai/Kakitangan BKP
- Mengurus Perancangan dan Pembangunan Negeri mengikut portfolio Kepimpinan Tertinggi Kerajaan Negeri
- Menguruskan Pembelian Kenderaan
- Menguruskan Pembelian Pakaian Seragam Pekerja
- Menyusunatur Pergerakan Kenderaan Kerajaan Negeri
- Menguruskan Permohonan Kerakyatan Negeri
- Menguruskan Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat
- Menguruskan Hal Ehwal Berhubung Dengan Jemaah Pengampunan Banduan
- Menguruskan Lantikan Ketua-ketua Kampung dan Institusi MPKK
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri/Mesyuarat Menteri Besar & Ketua Menteri
- Menguruskan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan, Hari Kebangsaan dan maulidur Rasul Peringkat SUK
- Menguruskan Perwartaan Di Bawah Kanun Tanah Negara
- Menguruskan Kelulusan Lesen Pelelong, Perlesenan Tukang Emas, Telur Penyu, Percetakan, Penulis dan Pungutan Derma
- Mengurusetiakan Lembaga Perolehan Negeri
- Mengurus dan Menyelia Pusat Sumber PSUK Terengganu
- Menguruskan Anak Syarikat Jabatan
- Menyelaras Urusan Bencana Negeri
- SEKSYEN KEWANGAN
- Bajet - Mengurus, menyedia dan memantau Belanjawan Pembangunan.
- Hasil - Menguruskan kutipan hasil bermula daripada menerima kutipan sehinggalah penerimaan resit rasmi kutipan hasil.
- Gaji - Memastikan penyediaan emolumen/Elaun Tetap Bulanan Kakitangan Ad-Hoc dapat diuruskan dengan sempurna dan dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
- Bayaran - Menguruskan bayaran bermula dari menerima tuntutan sehinggalah serahan cek dan bank draf kepada penuntut/pembekal.
- Amanah - Mengurus terimaan sumbangan dan membelanjakan mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
- Deposit - Mengurus terimaan dan pembayaran balik deposit mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
- Pancar Wang Runcit - Mengurus pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa perlu mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada sesuatu maksud perbelanjaan
- SEKSYEN PENGURUSAN ASET & FASILITI
- Melaksanakan pengurusan aset alih, aset tak alih dan aset hidup kerajaan selaras dengan pekeliling yang berkuatkuasa.
- Menguruskan kaedah perolehan perkhidmatan dan kerja sama ada secara sebutharga atau tender
- Melaksanakan pengurusan stor utama jabatan bagi mengurus stok yang meliputi penerimaan, merekod, pengimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapuskira.
- Melaksanakan penyelenggaraan berkala ke atas semua aset jabatan.
- Menguruskan proses sewaan ke atas semua aset jabatan.
- Menguruskan kuarters dan fasiliti kerajaan.
- Menguruskan penyewaan dan penyelenggaraan kompleks pejabat kerajaan,
- Menguruskan hal ehwal keselamatan kompleks dan fasiliti kerajaan.
- Menguruskan penyelenggaraan berkala bagi semua kenderaan jabatan dan pemeriksaan minor kerosakan kenderaan sebelum dihantar ke bengkel untuk pembaikian.
- Menguruskan pelupusan bagi semua aset jabatan yang berkaitan
- BAHAGIAN PENGURUSAN MAJLIS & PROTOKOL
- Menyelaras majlis, persidangan dan sebagainya yang melibatkan Pemimpin Negeri.
- Menguruskan lawatan VVIP dan tetamu negeri.
- Mengendalikan majlis utama negeri.
- Khidmat nasihat dan sebagainya.
- PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI
-
Menyelaraskan Perlaksanaan Program-program Pembangunan Negeri Yang Telah Dirancang Di Peringkat Negeri.
- PEJABAT PERIKANAN NEGERI
-
Membantu Jabatan Perikanan di peringkat negeri dari pelbagai aspek termasuklah hal ehwal pentadbiran.