Fungsi Jabatan

Ditulis pada .

  • UNIT PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran pada dasarnya menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan atau pengurusan bagi semua pegawai dan kakitangan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu. Antara Perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan di Unit Pentadbiran adalah:-

  • SEKSYEN KENDERAAN
  • Kenderaan

Salah satu perkara yang dipertanggungjawabkan oleh Unit Pentadbiran adalah, menguruskan kenderaan bagi kakitangan-kakitangan di Pejabat SUK yang terpaksa menjalankan tugas di luar pejabat. Antara kenderaan yang diuruskan termasuklah kereta, bas, lori, MPV dan lain-lain lagi. 

  • SEKSYEN PERKHIDMATAN
  • Kursus

Bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kursus, Unit Pentadbiran telah bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang beroperasi di Tingkat 8, Wisma Darul Iman.

  • JKKK, Imam dan Bilal

Unit Pentadbiran juga menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran elaun kepada JKKK, Imam dan Bilal yang disalurkan kepada Pejabat Daerah masing-masing.

  • SEKSYEN SULIT

Bagi menyempurnakan tugas-tugas di Pejabat SUK, Unit Sulit juga dilihat perlu supaya segala kerja yang berkaitan hal-hal sulit kerajaan diambil perjalanan dengan sistematik dan segala maklumat tidak terdedah kepada umum. Antara skop tugas-tugas yang diberikan di Unit Sulit adalah:-

  • Fail-Fail Sulit

Fail-fail sulit berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu akan agihkan ke Unit ini bagi memastikan ia diuruskan dan disimpan dengan selamat. 

  • Urusan Bintang dan Pingat

Untuk penganugerahan Bintang dan Pingat, segala urusan yang berkaitan akan diuruskan oleh unit ini. 

  • Permohonan Kerakyatan Negeri Terengganu

Bagi rakyat ingin memohon kerakyatan negeri Terengganu, permohonan akan diuruskan di unit ini sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

  • Jemaah Pengampunan Negeri Terengganu

Urusan-urusan berkaitan pengampunan kepada pesalah-pesalah yang telah dijatuhkan hukuman juga diuruskankan oleh unit ini sebelum di diserahkan untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan. 

  • UNIT KEWANGAN

Unit Kewangan merupakan salah satu unit yang terpenting dalam organisasi Pejabat SUK Negeri Terengganu dimana ia menguruskan hal-hal kewangan bagi keseluruhan bahagian-bahagian di Pejabat SUK. Antara hal-hal yang ditugaskan untuk Unit Kewangan adalah:-

  • Pembayaran Elaun

Terdapat 2 jenis pembayaran elaun yang diuruskan oleh Unit Kewangan iaitu Elaun Lebih Masa dan Elaun Perjalanan. Semua kakitangan di Pejabat SUK yang ingin memohon Elaun akan disalurkan di unit ini untuk disemak dan dibuat pembayaran.

  • Gaji

Pembayaran gaji Untuk semua pegawai dan kakitangan di Pejabat SUK juga diuruskan di Unit Kewangan.

  • Waran Peruntukan

Sekiranya terdapat jabatan-jabatan dibawah Kerajaan Negeri Terengganu yang ingin menambah peruntukan, mereka perlulah berurusan dengan Unit Kewangan bagi memastikan proses berjalan lancar.    

  • Pembayaran Baucer

Segala pembelian yang telah dibuat akan dibayar melalui Unit Kewangan dengan menyediakan baucer bayaran kepada pembekal.

  • UNIT BANGUNAN & ASET

Selain Unit Kewangan dan Pentadbiran, Unit Pengurusan Bangunan & Aset juga merupakan salah satu unit yang bernaung di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan. Unit ini bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal kelengkapan setiap bahagian-bahagian di pejabat SUK. Antara tanggungjawab yang digalas bagi unit ini adalah:-

  • Pesanan Kerajaan

Bagi semua pesanan untuk kegunaan pejabat yang dipesan oleh kakitangan akan diuruskan oleh unit ini. Antara pesanan yang biasa dibuat adalah alat tulis, komputer, dan lain-lain lagi.

  • Pembelian Barang-barang Jabatan

Unit ini juga menguruskan urusan pembelian yang dipesan oleh jabatan-jabatan.

  • Talian Telefon

Bagi memastikan hubungan komunikasi antara Pejabat SUK berjalan lancar Unit Pengurusan Bangunan & Aset dipertanggungjawabkan untuk menguruskan talian telefon untuk semua pegawai dan kakitangan yang memerlukannya.

  • Pelupusan Aset

Aset yang telah rosak atau tidak digunakan lagi kerana peredaran masa dan  teknologi yang pesat membangun akan dilupuskan oleh unit ini. Proses pelupusan akan dilakukan teliti bagi memastikan perbelanjaan yang minimum untuk menggantikan aset yang telah dilupuskan.